Kapten Oniya - TTeam FC.

Aksi Oniya bersama T-Team FC menentang JDT II
David Faramola Oniya, kapten Pasukan T-Team FC 2015.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 13 June 2015 pada usia 30 tahun.

Beliau yang bermain pada posisi pertahanan lahir pada 5 June 1985 di Lagos, Nigeria.

Aksi terakhir beliau adalah pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Kelantan pada 13 June 2015 dan pada tarikh serta perlawanan inilah David Oniya menghembuskan nafas beliau yang terakhir.

R.I.P CAPTAIN.
Beliau memulakan karier selaku pemain profesional pada tahun 2004 dengan menyertai pasukan Neftchi Baki (Liga Arzebaijan) selaku pemain pertahanan selama tiga tahun (2004-2007), sebelum berhijrah ke pasukan FK Samarqand-Dinamo (Liga Uzbek) dengan melakukan 109 penampilan.

Oniya merupakan antara pemain pertahanan terbaik Liga Uzbek ketika itu dan beliau berjaya merekodkan enam gol bersama kelab tersebut (5 musim ).


Pada tahun 2011, beliau menyertai pula pasukan FC Bunyodkor sebelum menyertai pasukan Neftchi FK (Fergana) pada 2014.

Pasukan tersebut merupakan pasukan terakhir yang diwakili beliau sebelum meninggalkan Liga Uzbek (7 tahun ) dan menyertai T-Team FC di Liga Premier Malaysia.

Menyertai T-Team FC.


Sebagai Kapten dan juga pemain pertahanan, beliau berjaya mengemudi T-Team FC dengan baik dan berjaya mengelakkan pasukkan daripada bolosi terlalu banyak dengan hanya membenarkan 10 gol sahaja untuk pihak lawan membolosi gawang The Titans.

Namun... Beliau akhirnya rebah dalam perlawanan persahabatan ketika menentang Kelantan dan disahkan meninggal dunia 30 minit selepas itu.


T-Team FC vs KLFA di SSISN. FT: T-Team 4 - 1 KL
Daripada pasukan T-Team FC.
Daripada pasukan KLFA.
Daripada peminat.
Kedudukan terkini.

"Forever in our heart #oniya4"

Kredit gambar-gambar : Facebook TTeam FC .

Post a Comment

0 Comments