Hasrat untuk menyaksikan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin beraksi bersama pasukan KV Kortrijk (KVK) menentang R Excel Mouscron pada saingan Liga Jupiler Belgium, sebentar tadi tadi, tidak kesampaian.
Nama pemain kelahiran Kota Bahru berusia 18 tahun itu tidak disenaraikan langsung termasuk sebagai pemain simpanan dalam perlawanan di Stadium Guldensporen, Kortrijk
Dalam perlawanan itu, KVK berjaya menundukkan lawannnya 3-0 menerusi jaringan Ilombe Mboyo pada minit ke-59, Giles Dewaele (m-63) dan Eric Ocansey (m-83). Hasil kemenangan itu, KVK kini menduduki tangga ketiga liga dengan himpunan 10 mata selepas lima perlawanan.
Sehari sebelum perlawanan, BH melaporkan Luqman sudah bersedia memberikan komitmen terbaik kepada skuad kendalian Yves Vanderhaeghe itu jika diberikan peluang.
Sebelum ini, pemain itu mencuri perhatian ramai apabila tidak mengambil masa lama menjaringkan gol pada penampilan sulung bersama KVK ketika mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas BX Brussel dalam aksi perlawanan persahabatan, 5 September lalu.
Kredit : Berita Harian
0 Comments