Percutian singkat tanpa dirancang membuatkan aku singgah di Pantai Klebang untuk mencuba keunikan BUSTEL ini.
DIMANA?
Sudah semestinya di Pantai Klebang, Melaka.
Aku sempat merasai menginap satu malam di BUSTEL ini.
Memang perlu diakui ianya adalah sesuatu yang unik dan jika anda pernah menonton George Clarke's Amazing Spaces pasti anda teruja.
Namun, menjadi sedikit kesukaran adalah untuk anda bersarapan ataupun mencari sarapan pagi kerana keadaan di sekeliling Bustel ini tiada yang menyediakan sarapan (kedai Bas juga ditutup untuk operasi pagi).
Terlalu jauh untuk anda 'menapak' mencari kedai makan pada waktu pagi.
Anda terpaksa bergerak sedikit keluar untuk mendapatkan sarapan (sudah tentu menggunakan kenderaan kerana agak terlalu jauh untuk berjalan kaki).
Untuk anda menikmati makan malam, ianya tidak menjadi kesukaran kerana pada waktu tersebut, terdapat banyak 'BAS' yang beroperasi menyediakan makanan.
Anda boleh memilih mana-mana bas yang menjual pelbagai makanan dan pilihan, dan anda boleh memilih sama ada untuk merasai suasana (makan) didalam bas ataupun di luar bas.
Anda boleh memilih mana-mana bas yang menjual pelbagai makanan dan pilihan, dan anda boleh memilih sama ada untuk merasai suasana (makan) didalam bas ataupun di luar bas.
Yang pasti, berada didalam bas suasananya terlalu panas jika dibandingkan berada / makan diluar.
Gambaran keadaan didalam BUSTEL dan juga keadaan persekitaran pada waktu malam.
Gambaran keadaan didalam BUSTEL dan juga keadaan persekitaran pada waktu malam.
0 Comments