Kedai makan dan 'port' menarik yang viral serta sedap di Melaka.

 

Aku tertarik dengan tampalan yang dibuat pada laman Facebook - Sayang Melaka yang menyenaraikan tempat-tempat menarik bagi 'kaki makan' untuk menikmatinya di negeri tersebut.

Sebanyak 24 tempat disenaraikan pada laman Facebook itu (Sayang Melaka) bagi lokasi-lokasi menarik yang harus dicuba seandainya anda berada di Melaka.

Namun setiap tempat, lokasi ataupun kedai makan itu bukanlah boleh didapati setiap masa.

Ada yang yang beroperasi pada waktu pagi sahaja, ada yang hanya beroperasi pada waktu tengah hari dan juga malam sahaja.

Bagi memudahkan, aku telah menyenaraikan kedai-kedai tersebut mengikut waktu operasi mereka (dibuka).

Bagi kedai yang menyedia servis ataupun sarapan pagi, terdapat tujuh kedai daripada senarai tersebut yang harus anda cuba, iaitu:
  1. Warong Kopi Manggis - Klebang.
  2. Mee Bodoh Pak Hassan - Tengkera. 
  3. Kari Kambing Seylon- Masjid Tanah.
  4. Warong Kopi Manggis - Klebang.
  5. Mee Bodoh Pak Hassan - Tengkera. 
  6. Lontong Singapura - Masjid Tanah. 
  7. Roti Canai Kayu Arang - Bachang.
Manakala bagi makan tengahari ataupun hanya dibuka pada/bermula waktu tengahari pula, terdapat enam kedai :
  1. Coconut Shake Klebang - Klebang.
  2. Manggo Float - Sungai putat.
  3. Kueh Keria Antarabangsa - Limbongan.
  4. Cendol Kg. Hulu - Kg Hulu.
  5. Satay Kg. Jawa - Kg Jawa.
  6. Asam Pedas Hajah Rahmah - Bukit Katil.
Dan bagi kedai ataupun warung yang dibuka bermula atau pada waktu petang dan malam pula:

Petang:
  1. Warung Hijau Rojak Sotong - Masjid Tanah.
  2. Kuih Udang Alor Gajah - Alor Gajah.
  3. Nasi Lemak Ujong Pasir - Ujong Pasir.
  4. Melantak Steak - Klebang.
  5. Lempeng Batu Tenggek - Tanjung Bidara.
  6. Mee Gemok depan Penjara - Bandar Hilir.
  7. Mee Bandung Udang & Ketam - Tanjung Bidara.
  8. Sup Cangkul - Panchor Alor Gajah.
Malam:
  1. Asam Pedas Claypot Pasar Borong - Batu Berendam.
  2. Ikan Bakar Muara Sungai Duyong - Duyong.
  3. Ikan Bakar Parameswara - Umbai.
  4. Char Kuey Teaw Stesen Kandang - Muara Sungai Duyong.
  5. Nasi Lemak Kg. Morten - Kg. Morten.
BAGAIMANA ke sana?

Mengikut laman tersebut, anda hanya perlu menggunakan WAZE sahaja bagi membantu anda untuk ke lokasi-lokasi  yang disenaraikan itu tadi.

PERNAH cuba.

Menjadi sebahagian daripada penduduk Melaka, aku sendiri telah mencuba beberapa lokasi ataupun kedai makan yang dinyatakan tadi.
Antaranya :
  • Mee Bodoh Pak Hassan - Tengkera. 
  • Coconut Shake Klebang - Klebang.
  • Kueh Keria Antarabangsa - Limbongan.
  • Cendol Kg. Hulu - Kg Hulu. 
  • Asam Pedas Claypot Pasar Borong - Batu Berendam.  
KOMEN

Aku cuba untuk mengupas mengenai lokasi-lokasi tersebut selain turut akan menyenaraikan beberapa tempat yang bagi aku juga menarik untuk dicuba pada posting akan berasingan.



Sumber dan kredit : Sayang Melaka

Post a Comment

0 Comments